BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, September 13, 2009

ANTARA CINTA DAN SAHABAT

Antara cinta dan sahabat
Andainya ku diberi pilihan untuk memilih
Di antara kedua-duanya
akan ku pilih kedua-duanya
Kerana bagiku ia sama bererti & bernilai

CINTA
suatu ungkapan yang belum pasti keindahannya
kerana disebalik keindahan itu
tersirat seribu kepahitan
belum pastinya merentap kedamaian nurani
seorang pencinta setia

Tatkala ikatan diundang kekecewaan
namun ia tetap betah menjemput setiap jiwa
Yang punyai hati & perasaan
Hakikat yang tersimpan disebalik anugerah itu

Tak terungkai dengan bicara bibir
Tak tergambar dengan lakonan
Begitu syahdu kurniaan Ilahi
Lahirnya seorang insan
Yang berakal, beremosi, penyayang & berperasaan

SAHABAT
Satu ikatan yag lahir dari hati yang ikhlas
Bagi berkongsi tangis,tawa,kasih sayang & keakhraban
Sesungguhnya sahabat adalah tempat bicara setulusnya
Tentang impian & pengertian hidup ini

Persahabatan yang murni & suci
adalah sebuah persahabatan
Yang disulami dengan benang kepercayaan
Diwarnai dengan keikhlasan
Dicurahi dengan kasih sejati

Temanku yang budiman
Sekiranya menjadi gunting dalam lipatan
Maka robohlah tembok keutuhan persahabatan

Mengertilah maksudku ini
Sesungguhnya apa yang tersimpul di hati kecilku ini
Kita bina tanda persahabatan
Dipagari besi kedewasaan

Yang teguh berdiri di taman hatiku
& tumbang dek nista hanya
Satu pintaku agar dikau
Sentiasa mengingatiku

0 comments: